Puisi

Monday, June 12, 2006

Bucu Kain

Kain lembut pelbagai corak

Awan larat berbulu merak

Pelbagai warna sukar diletak

Memukau mata hingga terbeliak

Pakaian suri setiap waktu

Hiasan seri untuk bertemu

Cantik dibuat lilit tandu

Untuk dara di kala tak tentu.

Bucu kain untuk dara

Bucu kain untuk teruna

Bucu kain untuk ayahanda

Bucu kain untuk bonda

Tajamnya tidak seberapa

Ada seni dan patang larangnya

Bucu kain buat si dara

Menutup aurat maruah berjuta

Dipakai labuh untuk bergaya

Bukan disingsing ke pangkal paha

Bucu kain buat teruna

Tanda rajin kuat usaha

Dipakai semutar berlilit kepala

Untuk menahan sinar cahaya

Mengesat peluh tiada dikira

Tanda ayahanda kuat bekerja

Untuk menyara semua

Teruna, dara, dan bonda

Kepala dalam keluarga

Bucu kain ayahanda basah selalu

Mengesat peluh setiap waktu

Seperti tidak terpisah dari bahu

Mengenang anak meminta susu

Bucu kain buat bonda,

Penuh kasih tinggi menggunung

Di buat buai mendodoikan putera

Di sekang buluh tanpa berbuku

Bucu kain buat bonda

Siang malam mengesat air mata

Di kala anak jadi Tanggang derhaka

Ibu berdoa selamat sejahtera

Bucu kain dulang pinangan

Hadiah untuk menantu cantik jelita

Walau di hati sedikit terluka

Menurut kehendak teruna dan dara

Bucu kain buat bonda

Hadiah terakhir untuk semua

Di kala kembali ke alam baka

Wasiat terakhir untuk keluarga

Awan larat dan burung merak

Sentiasa segak tidak berganjak

Membawa makna setiap gerak

Hanya berfikir atau tidak

Damak09

Ipoh.

12/12/2005

Melihat Dunia dari dalam Gelas

Melihat dunia dari dalam gelas. Kita merasakan diri akan tetap berada pada diri dan keadaan yang tak mungkin kita faham dan ungkapkan pada kalam dan hentian kata. Segala ada yang mungkin kita akan berhadapan dengan semua harus ada dan mesti dikatakan oleh manusia.

Monday, February 20, 2006

Termenung melihat diri dalam diri
sunyi menghadap mentari
ke temui burung sepi
tidak berkicau lagi.

Kemanakah hilang puisi dan laman puisi itu.